Surau Al-Muttaqin, Kg Bugis Batu 6, Pontian, Johor

Dibina sekitar tahun 2000. Pembinaan surau baru ini di atas tanah wakaf. Tapak surau lama dibina atas tanah persendirian.

Disebabkan surau lama yg sudah uzur, status tanah dan faktor keselamatan, akhirnya surau baru dapat dibina di atas tanah wakaf hasil persepakatan penduduk kampung mencari dana.

Surau baru ini terletak kira-kira 1 kilometer dari tapak surau lama. Uniknya surau ini menggunakan tempayan sebagai cerucuk. Ruangan solat surau ini boleh menampung kapasiti seramai 100 orang dlm satu-satu masa.

Borang Infaq

+60
RM
RM
powered by